Wednesday, 18 September 2013

Kanak-kanak maut dibunuh ibu dan bapa

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui mati di sebuah rumah dipercayai dibunuh oleh ibu bapanya di tingkat dua rumah kedai Sri Manja Square, di sini pagi ini.
Difahamkan, kanak-kanak malang itu dipercayai dibunuh pada 13 September lalu selepas ibu-bapanya membuat keputusan untuk membunuh diri kerana masalah kewangan.
Perbuatan ibu bapa mangsa terbongkar selepas rakan sekolah mangsa menyedari mangsa tidak hadir ke sekolah tadika sejak beberapa hari lalu. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment